Tuesday, November 20, 2007

My first speech after 30 months

I delivered my first speech when debating the 2008 budget in the State Assembly.
It was not a smooth one, though. In the past, following the convention of the House and of the commonweath, including our Parliament, the Opposition Leader will be the first person participating in the debate. For an unknown reason, it was not the case in 2001. As for 2005 and 2006, I was suspended and could not lead in the debate. For other 45 years, it has always been the case.
The Speaker, Dato Satim bin Diman, had before the debate announced that there were 3 members of the US senate watching the proceeding and reminded to behave ourselves! Thereafter, he announced that 2 backbenchers would start the debate by one proposing the bill and the other seconding the proposal.
I immediately stood up and protested reminding the Speaker of the convention and that the bill had actually been proposed by the Menteri Besar and seconded by the Exco member, Dato Tang See Hang. As such, I should be invited to lead the debate and that the convention should not be violated to avoid any possible embarrassment caused to the Menteri Besar or the state goverment as a result of my speech in the presence of the American guests.
Of course, as expected, the decision had been pre-planned. After a heated argument, I walked out in protest with my counterpart, Sdr Ng Suee Lim. I had to returned anyway about an hour later to deliver the speech.
Herein below is the text of my speech.
Teks Ucapan Teng Chang Khim, Ketua Pembangkang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor kawasan Sungai Pinang samasa membahaskan Bajet 2008 pada 20.11.2007 di Dewan Undangan Negeri

1. Bajet 2008 jelas adalah satu Bajet pilihanraya yang dirangka untuk memancing undi.

2. Ini dapat dilihat daripada peruntukan pembangunan dari bajet 2004 hingga 2008 seperti berikut:-

Bajet RM Peratus Peningkatan
2004 480 juta
2005 540 juta 12.5% (RM60juta)
2006 540 juta 0% (RM0juta)
2007 550 juta 1.8% (RM10juta)
2008 670 juta 21.8%(RM120juta)

3. Kerajaan tidak pernah memberi alasan untuk peningkatan peruntukan pembangunan secara mendadak. Bukan kita tidak mahu peruntukan pembangunan yang tinggi tetapi kita mahukan peruntukan pembangunan yang berdasarkan perancangan yang terperinci. Perancangan yang mengikut musim pilihanraya adalah perancangan yang merbahaya dan memudaratkan kedudukan kewangan negeri pada jangka masa yang panjang.

4. Untuk memberi gambaran bahawa peruntukan pembangunan 2008 tidak kelihatan tinggi, kerajaan juga meningkatkan peruntukan mengurus secara mendadak supaya nisbah peruntukan mengurus dan pembangunan mengekal pada 1:1.. Ini juga dapat dilihat daripada perangkaan berikut:-

Bajet RM Peratus Peningkatan
2004 539 juta
2005 540 juta 0.18% (RM0.5 juta)
2006 580 juta 7.4% (RM40 juta)
2007 600 juta 3.4% (RM20juta)
2008 670 juta 11.67% (RM70 juta)

5. Kerajaan juga tidak memberi alasan yang munasabah bagaimanakan peruntukan mengurus boleh meningkat dengan secara mendadak kepada 11.67%.

6. Kesimpulan tunggal yang logical ialah bahawa Bajet ini adalah bajet pilihanraya yang mengagihkan angpow kepada pengundi dan menggariskan gambaran yang boleh disifatkan sebagai indah khabar dari rupa.

7. Oleh kerana bajet ini adalah bajet pilihanraya, maka terdapat cirri-ciri luar biasa dalam pemberikan peruntukan. Contoh, kerajaan negeri Selangor, negeri yang menggelar diri sebagai negeri maju dan kaya, mengikut jejak langkah kerajaan negeri Kelantan, negeri yang dianggap mundur dan miskin, dalam mewujudkan skim khairan kematian di mana kerajaan akan memberikan sagu hati kematian kepada waris yang layak. Peruntukan sejumlah RM10juta telah diberikan untuk skim ini.

8. Tetapi yang pelik ialah sementara kerajaan memberikan peruntukan tinggi untuk skim khairat kematian ini, kerajaan hanya menyediakan peruntukan yang secara relatifnya jauh lebih rendah daripada skim ini untuk bidang-bidang berikut:-

(i) program perpaduan: RM100,000.00;
(ii) Pelan Tindakan Program Menangani Gejala Social RM300,000.00;
(iii) Program Belia anti dadah RM1 juta;
(iv) Program Pembangunan Insan Berkemahiran Teknikal Untuk Belia India Selangor:RM1juta;
(v) Tabung Pendidikan Anak-anak Pekerja Estet Negeri Selangor: RM1 juta.

9. Tidak kelihatan daripada perangkaan tersebut di atas apakah rationale yang munasabah dalam menentukan jumlah peruntukan dalam program-program tersebut di atas. Pancing undi adalah jawapan yang terbaik.

10. Pada tahun-tahun yang lalu, jauh sebelum Sungai Panjang menjadi Menteri Besar, saya telah berulang kali meminta kerajaan negeri memgambil perhatian yang serius kepada masalah pekerja dan bekas pekerja estet di negeri ini kerana ramai daripada mereka kehilangan perkerjaan dan tempat tinggal akibat daripada pembangunan tanah estet kepada kawasan perumahan dan perindustrian.

11. Kerajaan selama ini tidak begitu berminat dan prihatin kepada masyarakat pekerja dan bekas pekerja estet ini bahkan kerajaan telah membiar dan membantu pihak swasta untuk mengusir mereka daripada tempat tinggal yang mereka duduki beratus tahun.

12. Akibatnya, masalah social berlaku apabila mereka terpaksa meinggalkan estet dan tinggal di kawasan perumahan yang kos kehidupan terlalu tinggi untuk mereka. Kegiatan jenayah yang berleluasa di merata-rata akibat kedesakan hidup. Kalau kerajaan negeri telah menerima teguran saya pada masa itu dan mengambil langkah penyelesaian seperti mewujudkan Program Pembangunan Insan Berkemahiran Teknikal Untuk Belia India Selangor seperti yang baru dilakukan sekarang, sudah tentu negeri Selangor tidak perlu melalui tempoh yang amat sukar yang telah dan sedang dialami.

13. Saya juga merasa hairan mengapakah kerajaan menunggu begitu lama, selepas 50 tahun merdeka, untuk mewujudkan Tabung Pendidikan Anak-anak Pekerja Estet Negeri Selangor apabila berbanding dengan masa-masa yang lampau, bilangan pekerja estet dan keluarga mereka sudah jauh merosot.

14. Angpow kepada masyarakat India ini jelas adalah hadiah kerajaan negeri menebus dosanya memusnahkan kuil-kuil Hindu yang berlaku dari semasa ke semasa di dalam negeri Selangor ini. Walau bagaimana pun, saya terus mengalu-alukan angpow yang 50 tahun kelewatan ini demi kebaikan masyarakat India yang telah memberi sumbangan yang tidak ternilai kepada pembangunan negara dan negeri ini.

15. Dalam pada itu, saya merasa terkilan apabila mendapati bahawa peruntukan tahunan RM3 juta yang diberikan kepada kaum bukan Islam telah diturunkan tarafnya kepada peruntukan baikpulih tempat beribadat kaum bukan Islam di mana skopnnya hanya terhad kepada tempat beribadat bukan Islam yang memerlukan bantuan kewangan untuk kerja baik pulih.

16. Sesungguhnya, peruntukan ini sudah begitu kecil untuk kaum bukan Islam yang merupakan kira-kira 47% daripada populasi negeri Selangor ini. Kalau dalam bajet 2008 ini Jabatan Agama Islam diperuntukkan perbelanjaan mengurus RM130 juta dan pembangunan Agama Islam diberikan peruntukan RM88 juta, saya kira adalah tidak keterlaluan malah adalah munasabah untuk kaum bukan Islam diberikan peruntukan sejumlah RM30 juta setahun untuk waktu ini.

17. Berkat kekuatan dan pengaruh pembangkang di DUN Sungai Pinang, masalah setinggan dan masalah kilang tanpa izin di sekitar Kawasan Perindustrian Ringan Harper telah hampir diselesaikan dengan tenang dan baik berbanding dengan kawasan-kawasan Barisan Nasional di mana kekerasan dan undang-undang yang draconian iaitu Peraturan-peraturan Perlu 1969 yang digunapakai pada zaman darurat telah digunakan oleh kerajaan terhadap rakyat yang memberikan mandate kepada mereka.

18. Kelihatan yang masih tertangguh adalah masalah penempatan semula 23 buah tokong Cina di kawasan tersebut. Penganut agama Tao di kawasan tersebut telah bersepakat dan bersetuju supaya ditempatkan di satu pusat yang sama dengan syarat keluasan tanah hendaklah munasabah. Oleh yang demikian, saya menggesa agar kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan bertindak membuat keputusan yang awal dalam pemberian tanah kepada tokong-tokong tersebut supaya cara penyelesaian masalah di kawasan tersebut secara aman dan damai boleh dijadikan teladan pada masa akan datang.

19. Bagi setinggan di kawasan-kawasan yang lain di mana kes di mahkamah telah pun selesai, pengumuman Menteri Besar pada hari semalam bahawa mereka yang membawa kes ke mahkamah juga akan ditawarkan rumah kos rendah adalah satu keputusan yang positif dan secara relatifnya lebih bijak daripada pengumuman terdahulu, walaupun ia kelihatan berdasarkan kepada pertimbangan pilihanraya umum. Apa sekali pun, saya menggesa kerajaan mengotai janjinya dengan mengarahkan supaya pendaftaran permohonan rumah kos rendah oleh penduduk di Kampung Rimba Jaya, Kampung Beremban dan sebagainya disegerakan.

20. Bantuan kepada mereka yang tidak mampu dan tidak layak untuk memohon rumah kos rendah juga harus diambil tindakan yang segera demi keselamatan dan kebajikan mereka dalam semangat kita hendak membasmikan kemiskinan dan membenteraskan gejala social.

21. Walau bagaimanapun, saya juga ingin menegaskan di sini bahawa cara dan undang-undang yang digunakan oleh kerajaan dengan tujuan menemui sasaran “sifar setinggan” tersebut mempamerkan sikap Menteri Besar yang keras kepala dan keras hati.

22. Walaupun pada zahirnya, matlamat ‘sifar setinggan” ini kelihatan memperolehi kejayaan, tetapi kejayaan ini akan membawa kesan yang negatif yang perlu dibayar dengan kos social yang amat tinggi.

23. Keadaan ini dapat diramalkan jika kita mengimbas kembali dasar kerajaan negeri dalam menangani masalah penempatan bekas pekerja estet pada 15 tahun yang kebelakangan ini.

24. Masalah social yang ditimpa akibat daripada penempatan yang tidak terancang itu telah membazirkan masa dan belanja kerajaan untuk memperbetulkan keadaan.

25. Tambahan, keluasan ruang rumah kos rendah yang begitu kecil dan padat sudah tentu akan mendatangkan suasana yang tidak selesa secara fizikal dan mental kepada penghuni rumah kos rendah. Saya menjangkakan, rumah kos rendah ini akan menjadi “time bomb” dan buaian masalah social pada masa yang akan datang yang tidah jauh dari sekarang.

26. Sebagai alat memancing undi pada pilihanraya umum 2004, kerajaan negeri Selangor telah menjanjikan pembinaan Pusat Kebudayaan Cina Selangor di Klang dan Pusat Kebudayaan India Selangor di Batu Caves pada tahun 2003, masing-masing akan diperuntukkan RM20 juta oleh kerajaan negeri.

27. Tetapi selepas sahaja kemenangan besar Barisan Nasional pada 2004, janji-janji manis tersebut tidak pernah dikotai. Malah saya dimaklumkan bahawa tanah yang sebelum ini diperuntukkan untuk Pusat Kebudayaan India Selangor di Batu Caves telah dilupuskan.

28. Sementara itu, walaupun berbagai propaganda telah dibuat mengenai Pusat Kebudayaan Cina Selangor, sedikit berita pun tidak kedengaran selepas hampir 4 tahun sehinggalah saya membangkitkannya semula baru-baru ini.

29. Menteri Besar telah melancarkan projek tersebut sekadar mengadakan majlis perlancaran dengan pameran model bangunan pusat tersebut tetapi tidak langsung menyebut berapakah peruntukan yang akan diberikan oleh kerajaan negeri.

30. Berbagai kenyataan yang berlainan telah diberikan oleh Menteri Besar, satunya RM25 juta ringgit peruntukan kerajaan negeri, dan satu lagi ialah bahawa ianya diperuntukkan di bawah Rancangan Malaysia ke 9. Tetapi tinjauan ke atas butir-butir bajet 2008 ini mendapati bahawa tiada peruntukan telah diberikan samada kepada Pusat Kebudayaan Cina atau Pusat Kebudayaan India.

31. Masyarakat Cina dan India merasa amat kecewa dengan sikap kerajaan negeri dalam perkara ini. Mereka merasa diperlekehkan oleh Menteri Besar, khususnya apabila pada minggu lepas di mana para dif-dif jemputan telah dijemput untuk menghadiri majlis pengumuman perlancaran Pusat Kebudayaan Cina pada jam 2.30 petang. Tetapi Menteri Besar hanya datang pada jam 4 petang atas alasan bahawa beliau mempengerusikan mesyuarat Exco. Bukankah itu sudah menjadi tatasusila rakyat Malaysia untuk menghadiri majlis tepat pada masa yang ditetapkan khususnya masa itu ditetapkan oleh kita sendiri sebagai tuan rumah?

32. Kalaulah sudah ditetapkan waktu untuk mesyuarat Exco, kenapa pula menetapkan waktu untuk perlancaran?

33. Apakah ini merupakan petanda bahawa janji untuk pembinaan Pusat Kebudayaan Cina dan Pusat Kebudayaan India itu akan tetap tinggal sebagai janji yang tidak akan dikotai?

34. Menyentuh mengenai tatasusila, sukacita saya menyampaikan di sini serangkap pantun:


Kalau bapa hilang tuju hala
Anak isteri turut menanggung malu
Kalau pemimpin hilang tatasusila
Negeri Maju menjadi Negeri Penyapu

35. Saya merasa amat terkilan dengan pemberian penyapu sebagai hadiah atau hukuman kepada pegawai kerajaan. Ini merupakan tindakan yang biadap dalam tatasusila masyarakat manusia sejagat.

36. Sebagaimana yang diakui oleh Menteri Besar sendiri, Pejabat Daerah dan Tanah Ulu Selangor hanya gagal menepati sasaran memungut cukai. Adakah kegagalan dalam aspek itu sahaja sudah memadai untuk menilai prestasi jabatan tersebut?

37. Bagaimana dengan jabatan lain yang cekap dalam pungutan cukai tetapi handal membazir wang rakyat dengan menganjurkan lawatan luar negeri yang tidak perlu? Bukankah itu kesalahan yang lebih besar?

38. Bagaimana dengan kesalahan yang dilakukan oleh PKNS dalam pembangunan Bukit Cerakah di mana PKNS telah disabitkan kesalahan di Mahkamah? Bukankah dalam kes tersebut, pengerusinya, Menteri Besar sendiri, lebih layak untuk diberikan penyapu sebagai hadiah?

39. Menteri Besar tidak harus berdalih lagi. Mengaku salah sahaja dan dengan secara ikhlas, pohonlah maaf daripada pegawai kerajaan berkenaan atas kesilapan tersebut.

40. Sistem pentadbiran perkhidmatan awam kita mempunyai peraturan-peraturan yang memadai untuk digunakan bagi menghukum mereka yang melakukan kesalahan dalam pentadbiran. Pemberian penyapu sebagai hadiah telah menjatuhkan maruah dan mengaibkan pegawai kerajaan malah kerajaan negeri Selangor keseluruhan.

41. Bayangkanlah, kalau Tuanku Sultan ditanya oleh Sultan-sultan yang lain semasa menghadiri Persidangan raja-raja Melayu, bagaimana Tuanku dapat mempertahankan Menteri Besarnya yang memberi penyapu sebagai hadiah?

42. Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan. Insaflah, bertaubatlah, Menteri Besar negeri Selangor. Dengan kata-kata itu, saya mencadangkan supaya Menteri Besar dihantar untuk menghadiri kursus bina insan bagi memastikan beliau memahami semula tatasusila sebagai seorang insan.

43. Pada 5.11.2007, saya telah mengeluarkan satu notis untuk membawa usul memohon izin untuk membentangkan satu Rang Undang-undang Persendirian yang bertajuk Rang Undang-undang Pengisytiharan Asset dan Pendapatan Keluarga 2007. Tujuan rang undang-undang tersebut adalah untuk mewajibkan semua ahli dewan undangan negeri, ahli-ahli majlis perbandaran dan daerah, ahli-ahli parlimen dari Selangor dan Senator yang dipilih oleh Dewan ini serta pasangan perkahwinan mereka mengisytiharkan harta dan pendapatan mereka setiap tahun sepanjang tempoh mereka menjawat jawatan sedemikian.

44. Satu ciri-ciri yang penting dalam rang undang-undang tersebut, jika diluluskan, mewajibkan pengisytiharan harta dan pendapatan mereka dan pasangan perkahwinan mereka hendaklah diterbitkan dalam Gazette bagi memastikan ketelusan dan integriti semua ahli yang terangkum dalam rang undang-undang tersebut. Kita tidak mahu melihat mahligai seperti mahligai wakil rakyat yang besar lagi mewah seperti di Pandamaran Jaya yang disumbangkan oleh peniaga-peniaga dibina di merata-rata. Kita tidak mahu rakyat meragui integriti kita sebagai wakil rakyat. Kita tidak mahu dipandang serong kerana sumber kekayaan wakil rakyat diragui.

45. Saya merasa terkilan dengan keputusan Speaker yang menolak usul tersebut dengan alasan yang samara-samar bahawa ianya adalah di luar bidangkuasa negeri untuk berbuat demikian.

46. Adalah tidak benar langsung bahawa undang-undang sedemikain di luar bidangkuasa dewan ini. Jika benar sekali pun, ahli parlimen Selangor dan Senator yang dipilih oleh dewan ini tidak tertakluk kepada undang-undang dewan ini, di mana ianya adalah mustahil, rang undang-undang tersebut masih boleh diluluskan dengan mengeluarkan ahli parlimen Selangor dan senator pilihan dewan ini daripada bidangkuasa undang-undang tersebut.

47. Penolakan usul tersebut adalah tindakan yang menyalahgunakan kuasa Peraturan-peraturan Tetap. Ini juga adalah gejala yang harus dibenteras sebelum ia merebak ke jabatan kerajaan yang lain.

48. Dari pengalaman saya selama 3 penggal di dewan ini, selepas melalui zaman 3 orang Menteri Besar, saya mendapati ia sudah menjadi amalan di mana semua usul saya akan ditolak tanpa alasan yang kukuh. Kalaulah kerajaan takut sangat dengan usul saya, janganlah panggil mesyuarat. Kalau takut dilimbur pasang, jangan berumah di tepi pantai. Jangan bagi alasan yang bukan-bukan dan remeh temeh. Yang hitam jangan diputihkan, macam muka Menteri Besar, sampai saya pun tak kenall sejak sekian lama tak jumpa.

49. Kerajaan Selangor sekali lagi melepaskan peluang yang baik untuk membuktikan Selangor adalah negeri maju yang sebenar. Selangor cuma secara relatif lebih maju dari negeri-negeri. Negeri maju yang celup.

49. Saya mengambil kesempatan ini membangkitkan 2 isu tanah untuk perhatian kerajaan.

50. Yang pertama adalah tanah Lot 27, Pekan Kuang yang diberikan kepada Tetuan Jaya Serai Enterprise Sdn Bhd pada 28.2.2004.

51. Buat masa ini, tanah tersebut dibina sebagai Pusat Penjaja Seri Selera Pekan Kuang oleh Majlis Perbandaran Selayang. Penjaja-penjaja telah berniaga di situ lebih daripada 20 tahun. Adalah tidak adil tanah tersebut diberikan kepada sebuah syarikat swasta yang tidak pernah berniaga di atas tanah tersebut sementara penjaja berbilang kaum yang mencari rezeki secara berlesen tidak diberikan peluang untuk membuat permohonan. Saya meminta kerajaan membatalkan kelulusan tanah tersebut kepada syarikat swasta tersebut demi keadilan. Saya dimaklumkan bahawa dengan hubungan istimewa, syarikat swasta tersebut juga diberi tanah yang lain di kawasan Rawang.

52. Keduanya, saya meminta kerajaan menunaikan janjinya kepada penduduk-penduduk di Jalan Papan, Pandamaran Klang untuk membina rumah yang berharga kurang daripada RM100,000.00 dengan keluasan 18 x 65 kaki. Semasa kempen pilihanraya 2004, kerajaan negeri melalui Setiausha Kerajaan Negeri dan Adun Kuala Kubu Baru telah menyerahkan sepucuk surat yang memberikan janji tersebut.

53. Penduduk Jalan Papan telah meminta rumah 2 tingkat yang disokong oleh bekas Adun dan Adun sekarang. Tetapi sehingga hari ini, janji kerajaan untuk membina rumah tersebut masih belum ditunaikan walaupun pilihanraya umum penggal baru sudah menjelang. Perhatian Menteri Besar amatlah diharapkan kerana saya tidak ada keyakinan terhadap Kuala Kubu Baru, ‘bintang penyapu Ulu Selangor’yang tidak tahu menunaikan janjinya.

54. Saya merasa amat khuatir dengan cadangan projek Canal City yang dirancangkan. Ia merupakan satu projek yang akan menelan perbelanjaan RM2 bilion. Adakah cadangan projek tersebut telah dijalankan feasibility study sebelum ianya dibentangkan di dewan ini?

55. Daripada pengalaman kita di dewan ini, Menteri Besar memang tertanggih dengan projek-projek mega. Tidak lama dahulu, kita dengar projek Nippon City di Sepang, tetapi hari ini bayang pun kita tak nampak. Kita juga diberitahu projek yang akan menghidupkan Pulau Indah yang disertai oleh Jebel Ali dari Dubai, tetapi projek tersebut sudah pun hangus pada hari ini sebelum ianya dapat dimulakan, kata orang Cina, mati dalam kandung.

56. Projek Canal City ini meliputi kawasan yang begitu luas untuk mengatasi masalah banjir dengan keluasan 4000 hektar.

57. Adalah ironic sementara negeri Selangor menghadapi masalah banjir yang terpaksa membina terusan sebagai tebatan banjir, Selangor juga menghadapi masalah kekurangan air sehinggakan projek pemindahan air dari Pahang perlu dilaksanakan. Tidakkah lebih logic kalau kerajaan memulakan kajian bagaimana menggunakan air yang mengakibatkan banjir ini untuk mengatasi masalah bekalan air di Selangor?

58. Jika tidak ada perancangan yang rapi, tetapi hanya dibangkitkan sebagai rhetoric kerana pilihanraya menjelang, saya khuatir projek Canal City ini hanya akan menjadi castle in the air.

Walau bagaimanapun, bagi projek kerajaan yang dapat membawa manafaat kepada rakyat, saya akan memberi sokongan. Tetapi bagi segala pembaziran, projek gajah putih, amalan rasuah dan perbuatan curang, saya tidak akan teragak-agak untuk menegur kerajaan. Itu tugas saya.

2 comments:

Anonymous said...

I wonder if manipulation of land by the local council be of any interested to you, such as the Subang Ria Park where at least 58.3 ha is missing for the Public?
Or having project by Water Retention Ponds?

(Rights-seeker)

Teng Chang Khim said...

Yes, of course. Please provide me with evidence.