1. Pada hari yang mulia ini, tanggal 16hb September 2009, maka genaplah 46 tahun Negara kita Malaysia ditubuhkan sebagai sebuah Negara berdaulat yang terbentuk daripada 4 bahagian iaitu antarnya, Malaya, Sabah dan Sarawak.
2. Ini adalah satu fakta sejarah yang telah lama dilupakan, samada kerana pihak-pihak tertentu telah lupa akan hakikat yang sepatutnya tidak boleh dihapuskan dalam sejarah, atau mungkin kerana mereka ini sengaja tidak mahu anak cucu warga Malaysia mewarisi fakta sejarah yang sebenar.
3. Maka dengan itu, kita hanya meraihkan hari kemederkaan pada 31hb Ogos dan tidak meletakkan 16hb September dalam takwim Negara sebagai satu tarikh yang bersejarah
4. Maka dengan itu juga, maksud sebenar persekutuan atau federalisma telah diputarbelitkan bagi memenuhi agenda politik pihak-pihak tertentu. Janji-janji yang tersurat diketepikan, jaminan-jaminan yang termaktub diabaikan.
5. Selama 46 tahun, pihak-pihak tertentu ini menganggap kita yang berada di sebelah Semenanjung Malaysia lebih berhak daripada saudara kita di Sabah dan Sarawak untuk menikmati pembangunan yang dibiayai oleh khazanah bersama yang dikurniakan oleh Tuhan kepada Malaysia ini.
6. Oleh itu, sementara Semenanjung Malaysia menikmati pembangunan yang pesat sehingga mampu bertanding dengan Negara-negara jiran yang lain, saudara kita yang berada di seberang Laut China Selatan jelas jauh dan semakin hari semakin ketinggalan.
7. Pada masa yang sama, hak-hak tradisi dan warisan saudara kita di Sabah dan Sarawak juga turut terhakis kerana penghormatan yang seharusnya diberikan kepada mereka semakin hari semakin menguncup.
8. Jurang perbezaan pembangunan yang ketara ini tidak boleh lagi diteruskan tanpa halangan dan sekatan atas prinsip-prinsip dan nilai-nilai demokrasi, keadilan, kesaksamaan dan solidarity dalam sebuah Negara yang bersatupadu dan berkongsi nasib.
9. Sudah cukup lama, saudara kita di Sabah dan Sarawak menunggu keadilan daripada kita di seluruh Semanjung Malaysia. Sudah hampir setengah abad mereka menunggu kehadiran semangat federalisma yang sejati bukan sekadar belas kasihan dan simpati.
10. Selama 46 tahun ini, setiap pelusuk Negara ini kelihatan suram dan malap tidak sedikit pun kelihatan cahaya dari pelita harapan untuk membawa perubahan di kedua-dua belah Laut China Selatan.
11. Tetapi, segala puji bagi Tuhan, apabila fajar menyingsing pada tanggal 8 hb March 2008, rakyat Malaysia mula menyedari bahawa harapan masih ada di Malaysia yang kita cintai ini.
12. Warga Malaysia di 5 buah negeri di Semanjung Malaysia membangkit dalam suasana yang aman dan tenang, menuntut keadilan, membebaskan diri dari cengkaman kuku besi yang menindas sekian lama dan membuktikan bahawa kalau ada ikhtiar dan iltizam, pelita harapan akan terus menyala.
13. Selama 18 bulan dari tarikh tersebut, sudah nyata terbukti, kita mampu membawa pembaharuan. Kita mempamirkan kepada dunia kemampuan kita untuk memberi layanan yang adil dan saksama kepada semua rakyat tanpa mengira warna kulit, agama dan budaya.
14. Hak semua kaum di bawah matahari Malaysia dipertahankan dan diperkasakan. Kebajikan segenap lapisan masyarakat dari tua ke muda, dari kampong ke bandar, dijaga dengan rapi. Golongan yang terpinggir dan ketinggalan diberi harapan yang baru.
15. Semua impian menjadi kenyataan kerana tekad dan azam bersama kita di bawah pimpinan baru yang terbukti berupaya, berkaliber dan berwibawa .
16. Oleh yang demikian, maka pada hari Malaysia tahun 2009 yang mulia ini, berdasarkan prinsip dan nilai yang didokong bersama oleh seluruh rakyat Malaysia iatu demokrasi, adil saksama, aman damai, dan solidatiry, kita rakyat Malaysia dari kedua-dua belah lautan yang memisahkan tanah kepunyaan bersama kita, berdiri di atas tanah Negeri Selangor, pengkalan harapan baru Malaysia, hendaklah membaharui semangat dan azam kita untuk terus menyalurkan semangat perubahan di Selangor dan Semenanjung Malaysia menyeberangi Laut China Selatan, sehingga kita berjaya membawa pembaharuan sejati ke Sabah, Tanah di bawah Bayu dan Sarawak, Bumi Kenyalang.

No comments:
Post a Comment