Monday, February 22, 2010

Speech at Subang Jaya CNY Concert on 22 Feb 2010

Saya merasa amat bangga dan sukacita pada malam ini kerana dapat bersama-sama dengan warga MPSJ bagi meraihkan tahun baru Cina dalam majlis sambutan yang begitu meriah sekali hasil usaha daripada YB Sdri Hannah Yeoh bersama-sama dengan pasukan pimpinan beliau dengan bantuan, sokongan dan tajaan daripada MPSJ, Persatuan-persatuan Penduduk dan badan corporat.

Bagi kaum Tionghua, tahun baru mengikut takwim lunar tradisi Tionghua adalah jauh lebih penting daripada tahun baru mengikut calendar barat.
Ketika menyambut tahun baru lunar ini, kita akan mengimbas kembali peristiwa-peristiwa dan usaha-usaha yang telah kita lakukan pada tahun yang lalu bagi meninjau sejauh mana kejayaan dan kegagalan kita. Kemudian, kita akan membuat perancangan untuk tahun hadapan.
Di negeri Selangor, jika kita mengimbas kembali samada setahun yang lalu dan dua tahun yang lepas selepas 8 March 2008, banyak perubahan yang ketara telah berlaku.
Sekarang kita mempunyai sebuah kerajaan negeri yang lebih berdampingan dengan rakyat dan lebih prihatin terhadap kebajikan rakyat. Kita telah melaksanakan berbagai program di bawah dasar Merakyatkan Ekonomi Selangor yang mengembalikan hasil kerajaan kepada rakyat.
Kita telah berusaha menjaga kebajikan setiap lapisan masyarakat dari golongan muda hingga golongan tua, dari yang tidak berada hingga yang berada, tanpa mengira warna kulit, jantina atau kepercayaan agama.
Kita telah membentuk sebuah system pentadbiran yang lebih cekap dan telus dalam usaha untuk membenteras rahsuah. Kita mementingkan pemantauan dan penyeliaan pentadbiran bagi memastikan perkhidmatan yang lebih bermutu diberikan kepada rakyat.
Kita telah mewujudkan system pengawasan yang lebih ketat dan telus seperti mewujudkan Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai kecekapan, kebertanggungjawaban dan ketelusan (SELCAT) yang berkuasa untuk memanggil pendengaran awam. Malah wakil rakyat penyokong kerajaan sendiri juga dikehendaki menjawab kepada Dewan Negeri Selangor melalui SELCAT. We act without fear or favour.
Semua usaha ini dilaksanakan atas amanah yang diberikan oleh rakyat Selangor kepada kerajaan baru ini. Rakyat memilih kerajaan yang baru untuk membawa perubahan, maka kerajaan baru ini membawa perubahan kepada rakyat.
Dalam pada itu, kita juga mengakui bahawa terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki bagi memenuhi hasrat rakyat. Kerajaan Negeri Selangor yang peka dengan suara rakyat sesungguhnya mengetahui masalah-masalah yang masih belum dapat diatasi kerana kekurangan tertentu yang sedang diberi perhatian serius.
Kerajaan Negeri Selangor memerlukan sokongan padu yang berterusan daripada rakyat untuk melaksanakan program reformasi dan perubahan yang selanjutnya. Kerajaan Negeri Selangor masih kukuh dan akan terus kukuh untuk menyempurnakan mandat dan tanggungjawab 5 tahun yang diamanahkan oleh rakyat Selangor.
Pihak-pihak tertentu mungkin menghajatkan pilihanraya umum pada tahun ini atau tahun hadapan. Biarlah mereka terus bermimpi. Kerajaan Selangor tidak menganggap pilihanraya umum sebagai permainan politik. Kita diamanahkan 5 tahun, maka kita akan berusaha 5 tahun.
Kita tidak akan membubarkan Dewan Negeri sewenang-wenangnya hanya kerana pihak tertentu tidak bersabar hendak merebut kuasa. Kalau Parlimen dibubarkan pada tahun ini atau tahun hadapan, kita akan bertanding juga di peringkat Parlimen, tetapi Dewan Negeri tidak semestinya akan dibubar serentak, bukan kerana saya hendak terus menjadi Speaker, tetapi kerana kita mahu menyempurnakan tugas dan tanggungjawab yang belum selesai.
Untuk tahun yang baru ini, Kerajaan Negeri telah membuat perancangan yang akan rancak dilaksanakan dalam tempoh masa yang tersingkat selaras dengan semangat menyambut tahun baru Cina iaitu membaharui tekad azam untuk meneruskan reformasi dan perubahan.
Oleh yang demikian, saya menyeru rakyat Selangor terus berganding bahu dengan Kerajaan Negeri Selangor, sempena tahun harimau, berpandukan kepada kekuatan dan kegagahan harimau, bagi bersama-sama menikmati kejayaan yang menunggu kita di hadapan.

2 comments:

Anonymous said...

MR Teng,
I agreed with you that new state gov has Selcat to hold ADUNs accountable of their action. However, I was wondering what's the outcome from Bakri and even Ronnie Liu? Is there any further action will be taken against them?

Bangsa Cina Malaysia said...

Asalamualaikum kepada pembaca,(may peace be upon you)

tak kira ugama perjudian (bukan buadaya orang cina)adalah kegiatan yang merugikan dan akan melemahkan akidah seseorang dan meruntuhkan rumahtangga dan menimbulkan masalah sosial..

saya cina dan sangat setuju dengan PAS supaya di haramkan perjudian , minum , merokok yang tidak mendatangkan faedah.

diharap PAS-PKR-DAP akan menangani kegiatan buruk ini untuk selama lamanya.